Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dari dosa-dosa kita yang menggunung ini.
Jadi, apabila anda semua melihat tajuk post ni, mesti anda dapat mengagak apa hadis yang saya akan kongsikan. Dan mungkin ada juga yang mengeluh kerana dirasakannya tajuk ini adalah terlalu 'cliche' buatnya.

"Halaa..kenapa tajuk niat? clishe la..x de tajuk lain ke.. asyik NIAT, NIAT, NIAT!!! bosan ah.."
Sejujurnya, saya sangat sedih dengan golongan yang macam ni. Kenapa? Sebab mereka tidak begitu peduli mengenai niat walhal niat ni sebenarnya perkara paling penting yang menentukan setiap status amalan kita.
Dalam sebuah hadis Muttafaqun Alaih, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat apa-apa yang dihajatkannya." ( HR Muttafaqun Alaih )
Sebenarnya, kalau kita fahami maksud hadis ni, kita akan tahu bahawa niat ni adalah satu perkara yang sangat besar dan penting.
"Eh, hak'ah la..tapi kan, niat tu apa?"
Alhamdulillah, nampaknya, anda telah tersedar dari kesilapan anda. Untuk soalan itu, mari kita merujuk formula mudah di bawah ini :
Niat = Tujuan sesuatu perbuatan
Faham?? Ok, setiap perkara yang kita buat mesti ada niat, kan?
contoh : kita makan dengan niat nak hilangkan rasa lapar.
Sebenarnya, niat ni lah yang menyebabkan sesuatu amalan kita yang dianggap remeh boleh menjadi lebih mulia berbading amalan yang dianggap hebat tapi tiada nilainya di sisi Allah SWT. Na'uzubillahi Min Zalik..
Saya bagi 2 situasi :
"Ali mendermakan 5.2 billion ringgit kepada rumah kebajikan Al-Ikhwah dengan niat untuk menempa nama sebagai manusia yang pemurah."
"Aliah memberi sebiji kurma kepada seorang yang miskin kerana kasihan melihatnya."
Mengikut pandangan kita, memanglah kita merasakan sumbangan Ali sangat besar namun di sisi Allah tiada nilainya. Berbanding dengan Aliah, walaupun hanya sebiji kurma tapi kerana niatnya itu, maka amalan itu diterima oleh Allah.

Untuk makluman, niat ini adalah masing-masing punya hal. Oleh itu, amatlah buruk jika seseorang itu judge seseorang yang lain hanya dengan menggunakan pancaindera sahaja.
Gejala suka 'judge' orang ini semakin menular dalam masyarakat dunia ini.
Contohnya :
"Ish, dia ni bagi derma ni mesti nak tunjuk diri dia tu pemurah."
"Alahai..miskin gila si x tu sampai derma pon tak mampu nak bagi!!"
"Orang ni kompem masuk neraka..ibadah tah pape!!!!" ( hati-hati dengan dialog ni sebab dialog ni boleh heret kita ke neraka )
"Wah, rajinnya x solat sunat!! Ni mesti nak tunjuk alim kat awek dia ni.."
"Hmm..dia rajin pergi kuliah ni sebab nak cari ilmu ke nak cari makan?"
Dan baaaaaaaaaanyakkkkkk lagi contoh yang saya malas nak tulis..
NO!! Siapa kita ni nak judge hati orang?
Siapa kita?
Siapa kita?
Kita hanya manusia,
Yang lemah jua buta,
Tidak tahu melainkan keizinan-Nya,
Mencedok ilmu dari ilmu-Nya,
Punya dosa dan pahala,
Juga punya fitrah dan rasa,
Siapa kita?
Mahu menjadi seperti Tuhan,
Sedangkan diri tiada kekuatan,
Walau sezarah juga sejengkal,
Kita sumua milik TUHAN.
Sekian tu sahaja daripada saya untuk kali ini. Kita bertemu lagi di slot "Bicara Syabab" yang seterusnya. In Syaa Allah..
Comments
Post a Comment