PROGRAM LSL PERINGKAT 1 ( SESI TEMUDUGA )



LAPORAN PROGRAM LATIHAN SEBELUM PERLANTIKAN ( LSL ) BADAR 2017
PERINGKAT 1


PERKARA
BUTIRAN
NAMA AKTIVITI
SESI TEMUDUGA
OBJEKTIF PROGRAM
1.     Memilih serta menilai para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang berkeinginan untuk menjadi seorang ahli BADAR
2.     Memberikan kefahaman kepada calon  BADAR berkenaan organisasi BADAR dan tugas-tugasnya
3.     Melatih calon BADAR mengenai situasi temuduga yang semestinya berguna pada suatu hari nanti
TARIKH PELAKSANAAN
17 Mac 2017 – 22 Mac 2017
MASA
7.00 malam
SASARAN
Semua calon BADAR sesi 2017 / 2018
TEMPAT
Surau Asy-Syakirin
PERSONALIA

PENGISIAN
1.     Setiap penemuduga akan diberikan senarai nama calon BADAR yang mereka perlu menemuduga
2.     Setiap calon akan dipanggil secara mengejut tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh pihak penemuduga
3.     Calon diberikan 4 soalan yang perlu dijawab iaitu :
i)      Mengapa hendak menjadi seorang BADAR?
ii)     Apa kekuatan dan kelemahan BADAR yang anda lihat?
iii)    Siapa inspirasi kamu yang membuatkan kamu teringin untuk menjadi seorang BADAR?
iv)    Apa pendapat kamu mengenai jawatan lain?
4.     Calon yang lulus sesi temuduga akan mara ke peringkat seterusnya
HASIL / IMPAK / DAPATAN
1.     Para calon dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan organisasi BADAR
2.     Para calon dapat melatih diri mengenai situasi temuduga yang semestinya berguna pada suatu hari nanti
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1.     Sesi ini perlu dijalankan dalam waktu yang khusus dan secara rasmi, bukannya secara tidak rasmi
PENILAIAN / CATATAN
1.     Sesi temuduga ini dijalankan dengan keadaan yang sungguh serius


Lampiran :

- Tiada disediakan -

Comments