Bicara Syabab 4 - Antisosial Atau Ikhtilat?



Ini merupakan suatu nota yang diambil dari page Badar KISAS bagi tatapan pelajar INTESABER. Untuk rujukan penuhnya, klik sini.


-----------------------------------------------------



1. Social
2. Peluang
3. Ikhtilat
4. Syadid
5. Anti-social

Dan ana akan ta'rif kan setiap satu,

1. Social - dianggap terlalu bebas dalam pergaulan. Bila berjumpa bersenyum-senyum, berlambai-lambai (ini over). Bila berjumpa juga bertegur sapa.. Jika muslimin, settle taaruf dia untuk muslimat tuh, dan jika muslimat pula sebaliknya. Bila  berjumpa dalam mesyuarat dsb, pandang mata bertemu mata, dan jatuh ke hati. Passing barang kecil seperti wang syiling diberi tangan ke tangan (masih tak bersentuh). Muka manja banyak macam ketika bergaul. Bila bercakap pula, istilah yang dipakai, kau-aku je. Merujuk kepada pihak ramai, korang-dorang dipakai.

2. Peluang - boleh kata social tahap rendah. Bercakap tanpa tujuan dengan rianya misalnya ketika perjumpaan untuk musabaqah. Dinamakan tahap 'Peluang' kerana bersifat mengambil peluang. Adapun ketika berjumpa di luar waktu mesyuarat dan sebagainya seperti biasa. Tidak menegur dan tidak pula bersenyum. Dalam mesyuarat juga, pandang kadang-kadang bertemu mata. Passing barang kecil seperti pemadam diperlakukan seperti di cashier kedai-kedai, tangan di bawah menyambut, tangan di atas memberi. Jarak hanya beberapa centimeter. Muka manja semacam ketika bergaul. Bila bercakap, kadang-kadang istilah dipakai kau-aku, kadang-kadang ana-enta. Tak tetap. Selalu pakai korang-dorang, tapi juga memakai antum-antun.

3. Menjaga Ikhtilat - memperilakukan seperti mana syariat suruh, bercakap bila perlu, berjumpa bila perlu, bila ada dhorurot, dan di masa lain tinggalkan. Ketika berjumpa di kala dhorurot, tidak pula bersembang di luar topik, fokus dan tidak lari dari matlamat asal perjumpaan di buat. Di kala waktu kecemasan, bertindak rasional selari dengan syariat suruh. Dalam mesyuarat, pandang pada kadar tertentu agar tidak menganggap memperlekeh si pembual bicara.  Tidak memandang mata. Bila passing barang, mengikut apa yang telah dipelajari dalam Minggu Ta'rif, barang kecil, dikepit dengan buku dsb. Muka sedang ketika bergaul, tidak terlalu serious dan tidak pula terlalu manja. Bila bercakap istilah dipakai ana-enta, antum-antun. Kadang-kadang terpakai korang-dorang.

4. Syadid - menjaga ikhtilat tahap syadid, bila muslimin panggil muslimat, buat toleh ke arahnya, tapi pandang awan sampai habis bercakap, begitu sebaliknya. Ketika berjumpa dalam mesyuarat, pandang bawah 24/7. Bila ajnabi panggil, angkat muka separuh je, itu pun masih pandang lantai. Passing barang tu, kalau tak ada tiang lampu, maka campak pun jadilah. Muka macam nak denda orang ketika bergaul. Istilah yang dipakai ialah ana-enta, antum-antun, dan mungkin memakai nahnu (?).

5. Anti-social - orang yang tak nak bergaul. bila dipanggil, buat tak tahu. Dalam mesyuarat, buat kerja lain. Passing barang, main campak je. Muka masam je dalam perjumpaan. Istilah pakai tiada, kerana jarang dengar mereka berinteraksi, itulah namanya anti social.

-----------------------------------------------------

Wahai para da'ie INTESABER sekalian, kita sekian lama semakin jatuh merudum jatuh ke laut bagaikan tiada harapan untuk berenang kembali. Tetapi yakinlah! Andai amalan2 ini tetap istiqamah dipraktikkan, maka usaha kita akan menjadi semakin mudah.

Comments