PROGRAM LSL PERINGKAT 2 ( TAHSIN AL-FATIHAH )


LAPORAN PROGRAM LATIHAN SEBELUM PERLANTIKAN ( LSL ) BADAR 2017
PERINGKAT 2


PERKARA
BUTIRAN
NAMA AKTIVITI
TAHSIN AL-FATIHAH
OBJEKTIF PROGRAM
1.     Memilih serta menilai para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang berkeinginan untuk menjadi seorang ahli BADAR
2.     Memberikan ilmu pengetahuan mengenai hukum hakam tajwid, maksud, makhraj, lagu serta qiraat dalam surah Al-Fatihah
3.     Melatih calon BADAR agar melengkapkan dan menyempurnakan keilmuan dalam diri pelajar berkenaan bagi mempersiapkan diri ke arah pelajar yang muttaqin biarpun ada yang tidak berjaya memegang jawatan tersebut.
TARIKH PELAKSANAAN
31 Mac 2017
MASA
9.00 malam
SASARAN
Semua calon BADAR sesi 2017 / 2018 yang lulus temuduga
TEMPAT
Surau Asy-Syakirin
PERSONALIA

PENGISIAN
1.     Semua calon BADAR yang lulus sesi temuduga akan berkumpul di pentas surau selepas solat fardhu Isyak
2.     Johan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah, Muhammad Nurhasiqal Jamali Bin Jamin memberikan sedikit taklimat dan ilmu mengenai cara-cara bacaan surah Al-Fatihah
3.     Setiap calon dikehendaki untuk membacakan surah Al-Fatihah secara musyafahah dengan Muhammad Nurhasiqal Jamali Bin Jamin
HASIL / IMPAK / DAPATAN
1.     Para calon dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan surah Al-Fatihah
2.     Para calon dapat membina keilmuan dalam diri pelajar berkenaan bagi mempersiapkan diri ke arah pelajar yang muttaqin
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1.     Pengurusan masa perlu dipertingkatkan
PENILAIAN / CATATAN
1.     Tahsin Al-Fatihah ini dijalankan dalam keadaan yang santai

Lampiran :

- tiada -

Comments