*Maklumat ini diambil daripada Kertas Kerja Program Latihan Sebelum Pelantikan ( LSL ) BADAR 2017.
1.
PENDAHULUAN
Program Latihan Sebelum Perlantikan ( LSL ) BADAR 2017 ini merupakan cetusan hasil perbincangan serta gerak kerja daripada wakil ahli BADAR SBPI Sabak Bernam yang menghadiri Kursus Nadwah Kepemimpinan Islam ( NKI ) SBP peringkat kebangsaan kali ke-37. Suatu program anjuran Badan Dakwah Dan Rohani SBPI Sabak Bernam ini berbentuk latihan dan pendidikan dalam melatih para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang mempunyai keinginan untuk memegang tampuk organisasi Badan Dakwah Dan Rohani pada tahun 2017 / 2018.
Oleh sebab
itu, LSL adalah suatu medium bagi melahirkan pemimpin yang berkarisma tinggi, berketerampilan
dan berkemampuan dalam menghayati nilai-nilai murni Islam dalam era globalisasi
yang sangat mencabar kini. Sesungguhnya dalam menghayati kehidupan Islam di
zaman mutakhir ini memerlukan agenda dan pengisian yang bersepadu dari semua
pihak. Ini kerana cabaran dan tribulasi yang merintangi amat hebat dan bersifat
global tanpa mengira kewarakan atau kerohanian seseorang. Justeru itu program
seperti ini perlu diadakan ke arah menarik para pelajar berkenaan agar terus
menghayati ajaran Rasulullah serta mampu untuk berusaha mengembalikan
kegemilangan tamadun Islam yang kian pudar.
Kertas kerja ini juga dirangka
bagi menilai serta memilih calon BADAR bagi sesi 2017 / 2018. Tidak dilupakan
juga untuk melengkapkan dan menyempurnakan keilmuan dalam diri pelajar berkenaan
bagi mempersiapkan diri ke arah pelajar yang muttaqin biarpun ada yang tidak
berjaya memegang jawatan tersebut.
2.
TEMA
“PENCETUS TARBIYAH MUMTAZ”
3.
OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan kepada para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4
mengenai Badan Dakwah Dan Rohani di SBPI Sabak Bernam
3.2 Memilih serta menilai para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan
4 yang berkeinginan untuk menjadi seorang ahli BADAR agar kepimpinan pada masa
akan datang hanya akan diterajui oleh mereka yang begitu bersungguh-sungguh
dalam usaha membangunkan kerohanian para pelajar yang kian pudar dari tahun ke
tahun dan tidak hanya sekadar memegang jawatan semata-mata.
3.3 Mewujudkan penghayatan pelajar dalam mengikuti contoh
teladan pada diri Rasulullah SAW seterusnya berazam bakal menjadi pencetus
ketamadunan umat Islam yang semakin pudar mutakhir ini.
4.
PELAKSANAAN
4.1
PROGRAM LATIHAN SEBELUM PERLANTIKAN ( LSL ) BADAR
PERINGKAT 1
4.1.1 SESI TEMUDUGA
Tarikh
: 17 Mac 2017 – 22 Mac 2017
Masa : sebelum
solat fardhu Maghrib
Tempat :
Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli Majlis Tertinggi BADAR 2016 / 2017
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018
4.2
PROGRAM LATIHAN SEBELUM PERLANTIKAN ( LSL ) BADAR PERINGKAT
2
4.2.1 TAHSIN Al-FATIHAH
Tarikh
: 31 Mac 2017
Masa : 9.00
malam
Tempat
: Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli BADAR tingkatan 5
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018 yang lulus sesi temuduga
4.2.2 UJIAN PENARAFAN LSL ( UPL )
Tarikh
: 2 April 2017
Masa :
9.00 pagi
Tempat
: Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli Majlis Tertinggi BADAR 2016 / 2017
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018 yang lulus sesi temuduga
4.3
PROGRAM LATIHAN SEBELUM PERLANTIKAN ( LSL ) BADAR
PERINGKAT 3
4.3.1 SESI TEMUDUGA PSYKOLOGI
Tarikh
: 3 April 2017 – 6 April 2017
Masa : sebelum
solat fardhu Maghrib
Tempat
: Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli Majlis Tertinggi BADAR 2016 / 2017
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018 yang lulus Ujian Penarafan LSL
4.3.2 PENILAIAN AMALI LSL ( PAL )
Tarikh
: 7 April 2017 – 20 April 2017
Masa : 8.00
malam
Tempat
: Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli BADAR tingkatan 5
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018 yang lulus Ujian Penarafan LSL
4.3.3 KURSUS IMAM DAN BILAL
Tarikh
: 9 April 2017
Masa :
9.00 pagi
Tempat
: Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli BADAR tingkatan 5 dan 4
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018 yang lulus Ujian Penarafan LSL
4.3.4 KURSUS SOLAT JENAZAH
Tarikh
: 16 April 2017
Masa :
9.30 pagi
Tempat
: Surau Asy-Syakirin
Pelaksana
: semua ahli BADAR tingkatan 5 dan 4
Penglibatan
: Semua calon BADAR 2017 / 2018 yang lulus Ujian Penarafan LSL
5.
PENUTUP
Adalah menjadi harapan semoga program ini mampu untuk
melengkapkan dan menyempurnakan keilmuan dalam diri pelajar bagi mempersiapkan
diri ke arah pelajar yang muttaqin di samping mampu melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan yang semakin diabaikan oleh generasi mutakhir ini.
Comments
Post a Comment