Kalam Murabbi - Kedudukan Kaki Ketika Sujud ( Ustaz Azhar Idrus )



Kedudukan Kaki Ketika Sujud

Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah sunat merenggangkan kedua kaki sekadar sejengkal.

Al-Imam An-Nawawi berkata :

قال أصحابنا ويستحب أن يفرق بين القدمين قال القاضي أبو الطيب قال أصحابنا يكون بينهما شبر

artinya : Para ulama madzhab Syafie mengatakan, disunatkan untuk memisahkan antara dua kaki. Telah berkata olih Al-Qadhi Abu Thaib , para ulama madzhab kami menganjurkan jarak antara kedua kaki lebih kurang satu jengkal. (Raudhah Thalibin, 1/259).

Hukum tersebut hanyalah sunat sahaja maka jika merapatkan olih seseorang akan kaki ketika sujud maka tidak menjadi kesalahan.

Manakala menurut pendapat ulama2 mazhab Hanafi disunatkan meraptkan kedua kaki ketika sujud.

wallahua'lam


Sumber : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/photos/a.195643977120324.50524.195600903791298/1647746728576701/?type=3&theater

Comments